Pengakuan dalam Diam

"Silent Confessions" versi Melayu, sebab kita sebagai orang Melayu kena ingat asal usul kita. (lewl)

Assalamualaikum,

Aku sekarang dalam proses permohonan (& menunggu tawaran) untuk sambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (a.k.a. Master's program). Alhamdulillah, dah dapat dah pun satu tawaran daripada salah satu universiti yang aku pohon, cumanya aku tak nak lah buat keputusan untuk terima ataupun tolak tawaran tanpa mempertimbangkan pilihan / permohonan aku yang lain. Harapnya, universiti tersebut beri aku masa untuk menerima / menolak tawaran mereka, sebabnya mula-mula mereka bagi aku sampai 2 Disember untuk membuat pilihan (dimana universiti yang lain akan mula membaca permohonan aku bermula 1 Disember je).

Sambil fikirkan cita-cita aku nak sambung ke peringkat Ijazah Sarjana ni, aku kena fikir juga pasal hubungan aku dengan si dia. Adakah aku sanggup berjauhan dua tahun dengan dia sementara aku nak sambung pelajaran, dan dia kerja di Malaysia? Kalau masa tahun pertama aku dulu, aku boleh lagi la nak bertahan 9 bulan tak jumpa dia, tu pun sebab ramai je kawan aku kat sini dan aku tahu yang tahun kedua nanti, dia akan datang kat US jugak.

Tapinya, kalau aku buat program dua tahun ni, kemungkinan besar berjauhan la aku dengan dia. Melainkan aku rajin nak balik Malaysia setiap kali cuti hujung tahun dan cuti musim panas (banyaknya la hai duit aku nak buat macam tu). Kalau tak pun, jumpa setahun sekali je la kalau aku balik masa cuti musim panas tu.

Terfikir juga kalau aku nak ajak dia datang teman aku belajar kat US untuk dua tahun ni. Tapi masalahnya kalau aku nak bawak dia datang sini, nak kena pujuk mak ayah aku la untuk bagi kahwin. Ayah aku mungkin boleh dipujuk. Mak aku tu yang susah sikit. Iya lah, mesti la dyorang nak tengok dia kerja ke sambung belajar ke apa kalau dia nak duduk kat sini untuk dua tahun. Takkan dia nak bazir dua tahun duduk kat US tapi tak buat apa-apa. Aku pun rasa bersalah jugak la kalau aku minta dia buat macam tu, takut dia bosan pula. Nak cari kerja kat sini susah jugak untuk budak-budak luar negara, nak-nak lagi dia taknak kerja sebagai seorang aktuari, jadinya dia tak boleh nak pakai OPT bawah visa pelajar dia tu.

Alahai susahnya la hai nak fikir semua benda ni. Rasa macam tak bersedia lagi je nak habis belajar lepas tu nak kena berfikir sebagai seorang dewasa. Rasa macam nak jadi budak-budak balik, di mana aku tak fikir pasal semua benda ni. Rasa macam aku nak golek atas katil dan menyorok dalam selimut dan tak keluar jumpa orang.

Eh stressnya.

Nak gi makan la. Bai.
Assalamualaikum,

Aku rasa, minggu ni dah boleh pecah dah kot kepala aku. Mana taknya, semester ni aku ambil 5 subjek. 4 daripada 5 subjek tu, subjek penting aku. Maknanya, 4 subjek tu aku memang kena ambil untuk penuhi syarat untuk aku tamatkan pelajaran aku. Lagi satu kelas tu aku ambil saja-saja untuk penuhkan masa aku (dah alang-alang kosong jadual masa tu, lagi2 kelas tu macam seronok je nak ambil, sebab kelas Educational Psychology kot).

Yang lawaknya, semua kelas aku nak juga buat peperiksaan 1 dalam minggu yang sama. Iye, semuanya dalam minggu ni. Harini (Selasa) aku ada peperiksaan Econ. Esok ada satu lagi. Khamis ada dua. Jumaat petang ada satu. Yang lagi lawaknya, Jumaat tu boleh pulak nak buat exam petang. Ya Allah, petang Jumaat kot. Orang nak keluar pergi kelab la, nak keluar pergi berjalan ke apa pun tak boleh. Sebab apa, sebab nak ambil peperiksaan -.-

Alahai.

Doakan aku berjaya mengharungi minggu ini ye, terima kasih.


p/s rasa pelik la pulak tulis 'peperiksaan' sepanjang-panjang alam walaupun dalam hati aku nak je tulis 'exam'. -.-
Assalamualaikum.

Sejak aku sampai di Madison minggu lepas, kerja aku asyik dok ke hulu ke hilir bawa budak-budak baru je. Aku ambil budak-budak bertuah tu kat lapangan terbang, aku dok bawak pergi Walmart lah, pergi Woodmans (ala-ala Giant kat Malaysia, tempat beli barang dapur) lah, ke sini la ke sana la. Aku rasa dalam seminggu ni, aku dah pergi Walmart & Woodmans tu dalam 5-6 setiap satu la. Eh penat lah pulak dok menghadap akak abang kat kaunter tu.

Tapi entahlah. Kalau aku tak buat benda ni, aku pulak yang risau. Budak-budak dalam MSA tu pulak, ramai yang macam buat tak tahu je dengan budak-budak baru ni. Kang tergolek budak-budak ni nak cari tempat beli makanan/barang lah, tempat nak pergi nak beli nombor telefon la, tempat nak mintak pasang internet la semua tu. Bukannya nak cakap budak-budak ni tak boleh nak berdikari, tapi dah kalau kita boleh tolong ringankan beban, takkan nak biar dyorang susah2 sangat.

Penat sebenarnya badan ni. Tapi takpelah, asalkan 'adik-adik' aku ni dapat menyesuaikan diri dengan elok, dan dapat 'settle down' kat tempat baru dengan baik. Nak buat macam mana, aku kan #KakLongMadison. Selagi tak siap semua benda yang kena siap, selagi tu aku takleh duduk diam.

Alahai Kak Long Syaza oi. Kot ye pun nak jaga budak-budak tu, janganlah sampai tak tidur tak makan tak rehat. ._.
Assalamualaikum,

Cuti musim panas ni, ramai sangat kawan aku yang kahwin sini sana. Hujung minggu haritu aku pergi dua majlis perkahwinan. Sorang tu kawan A-Levels di KTJ aku, dan sorang tu kawan ADFP di INTEC aku. Alhamdulillah, dua-dua kawan aku tu dah besar panjang, dah berkahwin dan disatukan dengan isteri yang comel & cun (macam aku, eh).

Nak dijadikan cerita pulak, lepas aku pergi wedding dua orang kawan aku ni, baru dapat tahu yang ada beberapa lagi kawan aku yang akan kahwin. Tahun ni je, 3 orang kawan batch Eldaterra aku kat SSP dah/akan kahwin. Lagi seorang kawan KTJ aku nak kahwin. Yang lain pun banyak juga la either yang akan kahwin semua, termasuklah abang aku yang akan bernikah esok (6 Ogos 2016).

Entah dia dah bersedia nak kahwin ke belum, aku pun tak tahu la. Tapi yang aku harapnya, abang aku akan menjadi suami yang baik dan penyayang untuk Kak Iylia. (Oh, nama bakal kakak ipar aku -> Iylia Syahira). Keluarga Kak Iylia macam keluarga kiteorang jugak, Kak Iylia anak kedua daripada 4 adik beradik, dan dia seorang je perempuan (macam aku).

Okay sebenarnya aku taktahu dah nak tulis apa. So papai.
Subscribe to: Posts ( Atom )

Penulis.


Syaza Nazura. 24 tahun. Masih mencari arah tuju hidup. Suka tidur, suka makan, suka awak. Eh.

Belog English aku:
Silent Confessions
Powered by Blogger.

Silent Confessions.

Loading...

Pengikut

Copyright 2016 Pengakuan dalam Diam.
Designed by OddThemes